Friday, 21 March 2014

Buku yang saya baca : Keadaan Jirim

  Saya baru membaca sebuah buku berkenaan dengan keadaan jirim di perpustakaan sekolah saya, sewaktu mata pelajaran Pusat Sumber. Saya membaca buku tersebut kerana ingin menyiasat sesuatu bahan. Saya mengkaji keadaan jirim bersama guru dan rakan sekelas saya. Saya dapati keadaan jirim boleh dikaji daripada segi fizikalnya, pertaliannya dan juga kepentingannya.

  Dari segi fizikalnya jirim terdapat di sekitar kita. Dari debu yang paling kecil sehinggalah galaksi yang paling besar. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.

 Contoh pepejal ialah kayu dan besi. Jika pepejal dimasukkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk, ia tidak bertukar bentuk. Perkara ini menunjukkan pepejal mempunyai bentuk yang tetap. Saiz pepejal tidak boleh berubah dengan memicitnya. Kita tidak boleh memasukkan pepejal yang besar ke dalam sebuah bekas yang kecil. Pepejal boleh ditimbang dengan alat penimbang. Ini menunjukkan pepejal juga mempunyai jisim.

Air ialah jenis cecair. Apabila air dituang di dalam bekas yang berlainan bentuk, air itu akan mengikut bentuk bekas tersebut. Ini menunjukkan cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap. Cecair juga boleh ditimbang dan juga mempunyai jisim.

Keadaan jirim yang ketiga ialah gas. Kebanyakan gas tidak boleh dilihat. Belon yang menggembung menunjukkan gas memenuhi ruang. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim.

  Jirim boleh berubah keadaan. Air boleh wujud dalam ketiga-ketiga keadaan jirim. Apabila air dipanaskan, air tersebut akan berubah kepada wap air. Apabila wap air disejukkan, wap tersebut berubah semula kepada air. Dan apabila air membeku, air tersebut akan berubah kepada ais. Oleh itu, air boleh berubah daripada satu keadaan yang lain, dan boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair atau gas.

  Terdapat juga didalam buku itu apabila ais dibiarkan pada suhu bilik, air tersebut akan melebur secara perlahan-lahan. Ini dinamakan peleburan. Apabila kita memasukkan air ke dalam peti sejuk, air tersebut akan menjadi ais. Proses ini dinamakan pembekuan. Ada juga pendidihan ialah proses yang mengubah air kepada wap air pada suhu 100 celcius. Air yang terdedah boleh berubah kepada wap air pada sebarang suhu. Ini dinamakan proses ini penyejatan. Titik-titik air terbentuk apabila wap air dalam udara berubah kepada air kerana dinding gelas sejuk. Proses ini telah dinamakan kondensasi.

  Pertalian di antara jirim boleh diterangkan dengan lebih lanjut apabila kita bercakap mengenai kitaran air. Kitaran air ialah satu pergerakan air yang berterusan dari permukaan Bumi ke udara dan balik semula ke permukaan Bumi. Hujan terjadi daripada air di laut, sungai dan tasik terjerat sebagai wap air yang kemudian naik ke udara. Selepas itu, wap air menjadi sejuk dan terkondensasi membentukkan awan. Seterusnya titisan air dalam awan bergabung sehingga menjadi terlalu berat. Apabila keadaan ini berlaku, maka terjadilah hujan. Kita hendaklah rajin mengkaji keadaan alam sekitar kita untuk memahami bagaimana hujan terjadi. Janganlah seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu untuk menambah ilmu pengetahuan. 

  Tajuk yang terakhir dariapada buku ini ialah "Sumber-Sumber Air". Air amatlah penting kepada kehidupan di alam sekitar. Antara kegunaan air ialah membasuh, minum, mandi dan sebagainya. Air juga digunakan sebagai bahan mentah dalam industri makanan dan minuman. Air merupakan tempat tinggal untuk sebahagian benda hidup. Air diperlukan untuk membolehkan proses hidup berlaku seperti mengangkut mineral pada tumbuhan. Oleh itu, sumber air mestilah dijaga kerana semua benda hidup bergantung padanya.

"Butang baju telah dikancing,
Air adalah sangat penting".


  Kesimpulannya ialah jirim boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Pepejal mempunyai jisim, isi padu dan bentuk yang tetap. Cecair mempunyai jisim dan isi padu yang tetap tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. Gas mempunyai jisim tetapi tidak mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap. Air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim. Air berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses peleburan, pembekuan, pendidihan, kondesasi dan penyejatan. Kitaran air ialah suatu pergerakan air yang berterusan dari permukaan Bumi ke udara dan balik semula ke permukaan Bumi. Kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sumber-sumber air kita. Akhir kata "Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas, untuk berjaya dan naik ke atas kita perlu melalui kesakitan kerana ia mengajar kita erti kehidupan dan menghargai alam sekitar"


4 comments:

  1. Usaha yang sangat dipuji kerana berjaya membuat satu karangan bercorak sains. Cubaan pertama yang memberangsangkan ini perlu diteruskan. Tahniah atas usaha pertama Indra.

    ReplyDelete
  2. Sila betulkan ayat ini.

    "Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim."

    kepada

    "Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi gas masih mempunyai jisim.

    ReplyDelete
  3. Sila betulkan ejaan "kondesasi" kepada "kondensasi"

    ReplyDelete
  4. abang adik suka tengok abang punya tajuk BUKU YANG SAYA BACA

    ReplyDelete