Dari segi fizikalnya jirim terdapat di sekitar kita. Dari debu yang paling kecil sehinggalah galaksi yang paling besar. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
Contoh pepejal ialah kayu dan besi. Jika pepejal dimasukkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk, ia tidak bertukar bentuk. Perkara ini menunjukkan pepejal mempunyai bentuk yang tetap. Saiz pepejal tidak boleh berubah dengan memicitnya. Kita tidak boleh memasukkan pepejal yang besar ke dalam sebuah bekas yang kecil. Pepejal boleh ditimbang dengan alat penimbang. Ini menunjukkan pepejal juga mempunyai jisim.
Air ialah jenis cecair. Apabila air dituang di dalam bekas yang berlainan bentuk, air itu akan mengikut bentuk bekas tersebut. Ini menunjukkan cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap. Cecair juga boleh ditimbang dan juga mempunyai jisim.
Keadaan jirim yang ketiga ialah gas. Kebanyakan gas tidak boleh dilihat. Belon yang menggembung menunjukkan gas memenuhi ruang. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim.
Air ialah jenis cecair. Apabila air dituang di dalam bekas yang berlainan bentuk, air itu akan mengikut bentuk bekas tersebut. Ini menunjukkan cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap. Cecair juga boleh ditimbang dan juga mempunyai jisim.
Keadaan jirim yang ketiga ialah gas. Kebanyakan gas tidak boleh dilihat. Belon yang menggembung menunjukkan gas memenuhi ruang. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim.

Terdapat juga didalam buku itu apabila ais dibiarkan pada suhu bilik, air tersebut akan melebur secara perlahan-lahan. Ini dinamakan peleburan. Apabila kita memasukkan air ke dalam peti sejuk, air tersebut akan menjadi ais. Proses ini dinamakan pembekuan. Ada juga pendidihan ialah proses yang mengubah air kepada wap air pada suhu 100 celcius. Air yang terdedah boleh berubah kepada wap air pada sebarang suhu. Ini dinamakan proses ini penyejatan. Titik-titik air terbentuk apabila wap air dalam udara berubah kepada air kerana dinding gelas sejuk. Proses ini telah dinamakan kondensasi.

Tajuk yang terakhir dariapada buku ini ialah "Sumber-Sumber Air". Air amatlah penting kepada kehidupan di alam sekitar. Antara kegunaan air ialah membasuh, minum, mandi dan sebagainya. Air juga digunakan sebagai bahan mentah dalam industri makanan dan minuman. Air merupakan tempat tinggal untuk sebahagian benda hidup. Air diperlukan untuk membolehkan proses hidup berlaku seperti mengangkut mineral pada tumbuhan. Oleh itu, sumber air mestilah dijaga kerana semua benda hidup bergantung padanya.
"Butang baju telah dikancing,
Air adalah sangat penting".
Kesimpulannya ialah jirim boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Pepejal mempunyai jisim, isi padu dan bentuk yang tetap. Cecair mempunyai jisim dan isi padu yang tetap tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. Gas mempunyai jisim tetapi tidak mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap. Air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim. Air berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses peleburan, pembekuan, pendidihan, kondesasi dan penyejatan. Kitaran air ialah suatu pergerakan air yang berterusan dari permukaan Bumi ke udara dan balik semula ke permukaan Bumi. Kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sumber-sumber air kita. Akhir kata "Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas, untuk berjaya dan naik ke atas kita perlu melalui kesakitan kerana ia mengajar kita erti kehidupan dan menghargai alam sekitar"
Usaha yang sangat dipuji kerana berjaya membuat satu karangan bercorak sains. Cubaan pertama yang memberangsangkan ini perlu diteruskan. Tahniah atas usaha pertama Indra.
ReplyDeleteSila betulkan ayat ini.
ReplyDelete"Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim."
kepada
"Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi gas masih mempunyai jisim.
Sila betulkan ejaan "kondesasi" kepada "kondensasi"
ReplyDeleteabang adik suka tengok abang punya tajuk BUKU YANG SAYA BACA
ReplyDelete