Thursday, 20 March 2014

Banjir di Johor

 Selepas makan tengah hari kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar, aku melihat seorang lelaki memakai kot hitam. Aku terkejut. Rupa-rupanya lelaki  itu adalah bapa saudara aku. Aku hembus nafas dengan penuh kelegaan. Aku segera bersalam dengan bapa saudara aku. Keluargaku juga bersalaman dengan beliau.

  Hajat beliau hadir di sini kerana ada berita yang buruk di kampung halamannya di Bandar Tenggara, Johor Bahru  beberapa bulan yang lalu. Kampung beliau dilanda banjir yang begitu teruk. Ibuku segera membawa secawan air teh untuk bapa saudaraku. Beliau menceritakan keadaan di kampung beliau, di mana kebanyakan penduduk di situ terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu dewan serbaguna di atas bukit.


  Beratus buah rumah yang terdapat di situ habis dimasuki air. Banjir itu berlaku akibat hujan yang terlalu lebat dan penduduk di situ sering membuang sampah ke dalam longkang. Kehidupan mereka amat menyedihkan. Aku memasang telinga mendengar cerita yang disampaikan oleh bapa saudaraku. Menurut beliau lagi, mereka mendapat makanan yang begitu sedikit. Penempatan sementara mereka itu agak sempit kerana terlalu ramai orang lain yang tinggal di situ juga. Agensi kerajaan seperti Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor sering menyumbangkan makanan, pakaian dan juga alat keperluan sekeluarga, melalui Mufti Kerajaan Negeri Johor. Hidup mereka sering tolong-menolong dan bekerja sama antara satu sama lain. Kehidupan mereka di situ boleh diibaratkan seperti berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

(Gambar Contoh)
Mereka tinggal di situ untuk satu tempoh yang lama. Namun begitu mereka tetap bersabar dan bersyukur kerana mereka masih bernyawa. Pada minggu yang kedua selepas berlakunya banjir, mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu, mereka semua membersihkan rumah mereka. Mereka juga sedih kerana harta benda mereka habis musnah. Mereka hanya redha.


 Beberapa minit kemudian, bapa saudaraku menamatkan ceritanya. Aku menghayati cerita itu dengan rasa bersyukur kerana kami sekeluarga tidak perlu berpindah tempat seperti penduduk di kampung bapa saudaraku. Bak pantun bapa saudaraku :

     "Pak Jamil beli pengukur,
Kita hendaklah sentiasa bersyukur."


 Tiga jam kemudian, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Kelihatan seperti teksi yang ditempah oleh bapa saudaraku sudah tiba di halaman rumah. Aku dan keluargaku bersalaman dengan bapa saudaraku. Aku berharap akan bertemu dengan beliau lagi.




1 comment:

  1. Penceritaan yang bersahaja namun menarik. Tingkatkan lagi kemahiran menggunakan simpulan bahasa, peribahasa dan juga pantun dua kerat. Tahniah Indra

    ReplyDelete