Friday, 14 March 2014

Kemarau dan Jerebu di Kota Warisan


Gambar contoh
           Pada 1 Mac 2014, penduduk di Kota Warisan telah mengalami kemarau yang  panjang. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di situ sudah hampir layu. Sudah berbulan hujan tidak membasahi bumi Kota Warisan yang indah ini. Mereka juga tidak mendapat air yang secukupnya.

  Kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila air sudah mula ada, mereka sering menyimpan air untuk keperluan mereka. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Malaysia telah mencadangkan untuk membuat catuan air kepada negeri-negeri di Malaysia yang lain.
 
  Di Kota Warisan tidak pernah mengalami kemarau panjang seperti sebelum ini. Penduduk di Kota Warisan dan negeri-negeri yang lain yang berumat Islam sering membuat solat hajat untuk hujan turun. Mereka berharap sangat hajat mereka terjadi. Makin memburukkan suasana di Kota Warisan apabila jerebu menyerang lagi.

  Pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan sering memakai topeng untuk menjaga kesihatan masing-masing. Jerebu di situ semakin teruk akibat daripada kegiatan penduduk yang membakar sampah dan hutan. Penduduk di Kota Warisan diminta untuk meminum air yang secukupnya dan kurangkan membuat aktiviti di luar rumah. Terutamanya mereka yang bekerja di  luar di kawasan yang tertutup. Seperti yang terungkap di dalam pantun saya :
"Pak Abu memanggil Nana,
 Memberi Nana sebiji mangga,
Pelajaran itu amat berguna ,
 Kesihatan juga perlulah terjaga"

  Kemarau yang berpanjangan dan jerebu berterbangan di udara amatlah menyusahkan mereka. Tetapi mereka tetap berusaha untuk bertahan dengan kejadian ini untuk tempoh masa yang lama. Mereka hanya mengharapkan sahaja kepada tuhan mereka.

  Saya juga berharap akan musibah ini akan pulih dengan secepatnya. Kemarau dan jerebu ini juga merupakan kebiasaan kepada negara jiran, tetapi mereka mampu bertahan apatah lagi kita di negara yang makmur ini?

Laporan disediakan oleh,                                                                               13 Mac 2014

(INDRASHAH IZZUDIN BIN ARMI YUSDY)
 AJK Pemberita,
Sidang Redaksi Umugaga Geng.


2 comments:

  1. Hai Indra ...

    Cikgu sudah baca laporan berita Indra mengenai Kemarau dan Jerebu di Kota Warisan. Cikgu amat kagum dengan kebolehan Indra menggarap satu laporan berita yang amat menarik dan berinformasi. Pilihan gambar-gambar juga memberi kesan atau impak yang bagus kepada laporan ini.

    Cuma ada beberapa perkara yang perlu Indra perbaiki untuk memantapkan lagi penulisan Indra.

    1) Jarakkan perkataan pertama selepas titik noktah. Seperti contoh cikgu di bawah ini.

    Perenggan asal Indra..

    "Pada 1 Mac 2014,penduduk di Kota Warisan telah mengalami kemarau yang panjang.Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di situ sudah hampir layu.Sudah berbulan hujan tidak membasahi bumi Kota Warisan yang indah ini.Mereka juga tidak mendapat air yang secukupnya."

    Sila betulkan seperti perenggan ini ..

    "Pada 1 Mac 2014,penduduk di Kota Warisan telah mengalami kemarau yang panjang. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di situ sudah hampir layu. Sudah berbulan hujan tidak membasahi bumi Kota Warisan yang indah ini. Mereka juga tidak mendapat air yang secukupnya."

    2) Sila betulkan ejaan untuk beberapa perkataan, contoh "islam" kepada "Islam", kerana Islam adalah nama panggilan untuk agama. Sila rujuk kepada pautan ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai penggunaaan huruf besar dalam penulisan.

    http://www.ehow.com/how_4464711_use-capital-letters.html

    3) Pengunaan peribahasa "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" agak unik bagi laporan mengenai kemarau ini. Kebanyakan pembaca mungkin tidak akan faham dan mengaitkan peribahasa ini dengan isu yang dibawa. Akan tetapi Cikgu memuji Indra kerana jika dilihat dengan lebih dalam, ianya masih berkait.

    4) Indra mempunyai kebolehan mencipta pantun, Cikgu ingin mencantikkan seperti berikut.

    Pak Abu memanggil Nana,
    Memberi Nana sebiji mangga,
    Pelajaran itu amat berguna,
    Kesihatan juga perlu terjaga

    Alasan Cikgu adalah seperti berikut;

    Pantun akan lebih cantik jika dapat dibaca seperti nyanyian lagu, memanglah anak-anak muda sekarang meminati nyanyian Rap, di mana susunan ayatnya tidak perlu sama panjang atau sama rata. Sebelum pergi jauh ke nyanyian Rap, asas nyanyian atau pantun itu sendiri mesti dibawa dari asasnya, iaitu berirama, ringkas tetapi membawa maksud yang tepat atau berkias.

    Namun begitu, untuk tahap Indra, pantun yang dicipta memang sudah cantik.

    5) Berikan contoh negara untuk ayat ini,

    "Kemarau dan jerebu ini kebiasaan kepada negara luar,tetapi mereka mampu bertahan apatah lagi kita?di negara yang makmur ini."

    Penulisan berita atau laporan adalah penulisan mengenai Fakta dan Angka, sekiranya tiada Fakta atau Angka yang memperkuatkan penulisan ini, ia bukanlah berita atau laporan yang benar. Ia hanyalah sebuah cerita rekaan atau berita palsu"

    Tahniah diucapkan kepada Indra atas usaha pertama Indra

    Cikgu Yasmine (cikgu tidak bertauliah)

    ReplyDelete
  2. Sdr Indra ,saya berpuas hati dengan usaha pertama ini tetapi ada berberapa komen iaitu:
    1. Gambar yang digunakan bukan suasana Kota Warisan ini akan memberii gambaran yamg tak benar.
    2. Ayat2 yang digunakan ada yang tergantung dan tidak sedap dibaca cuba pertingkatkan lagi.
    3. Jika boleh jangan guna perkataan yang sama dalam satu ayat.

    Tahniah

    Pengetua Mutiaraemas Akademi

    ReplyDelete