Friday, 21 March 2014

Buku yang saya baca : Keadaan Jirim

  Saya baru membaca sebuah buku berkenaan dengan keadaan jirim di perpustakaan sekolah saya, sewaktu mata pelajaran Pusat Sumber. Saya membaca buku tersebut kerana ingin menyiasat sesuatu bahan. Saya mengkaji keadaan jirim bersama guru dan rakan sekelas saya. Saya dapati keadaan jirim boleh dikaji daripada segi fizikalnya, pertaliannya dan juga kepentingannya.

  Dari segi fizikalnya jirim terdapat di sekitar kita. Dari debu yang paling kecil sehinggalah galaksi yang paling besar. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.

 Contoh pepejal ialah kayu dan besi. Jika pepejal dimasukkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk, ia tidak bertukar bentuk. Perkara ini menunjukkan pepejal mempunyai bentuk yang tetap. Saiz pepejal tidak boleh berubah dengan memicitnya. Kita tidak boleh memasukkan pepejal yang besar ke dalam sebuah bekas yang kecil. Pepejal boleh ditimbang dengan alat penimbang. Ini menunjukkan pepejal juga mempunyai jisim.

Air ialah jenis cecair. Apabila air dituang di dalam bekas yang berlainan bentuk, air itu akan mengikut bentuk bekas tersebut. Ini menunjukkan cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap. Cecair juga boleh ditimbang dan juga mempunyai jisim.

Keadaan jirim yang ketiga ialah gas. Kebanyakan gas tidak boleh dilihat. Belon yang menggembung menunjukkan gas memenuhi ruang. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan juga mempunyai jisim.

  Jirim boleh berubah keadaan. Air boleh wujud dalam ketiga-ketiga keadaan jirim. Apabila air dipanaskan, air tersebut akan berubah kepada wap air. Apabila wap air disejukkan, wap tersebut berubah semula kepada air. Dan apabila air membeku, air tersebut akan berubah kepada ais. Oleh itu, air boleh berubah daripada satu keadaan yang lain, dan boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair atau gas.

  Terdapat juga didalam buku itu apabila ais dibiarkan pada suhu bilik, air tersebut akan melebur secara perlahan-lahan. Ini dinamakan peleburan. Apabila kita memasukkan air ke dalam peti sejuk, air tersebut akan menjadi ais. Proses ini dinamakan pembekuan. Ada juga pendidihan ialah proses yang mengubah air kepada wap air pada suhu 100 celcius. Air yang terdedah boleh berubah kepada wap air pada sebarang suhu. Ini dinamakan proses ini penyejatan. Titik-titik air terbentuk apabila wap air dalam udara berubah kepada air kerana dinding gelas sejuk. Proses ini telah dinamakan kondensasi.

  Pertalian di antara jirim boleh diterangkan dengan lebih lanjut apabila kita bercakap mengenai kitaran air. Kitaran air ialah satu pergerakan air yang berterusan dari permukaan Bumi ke udara dan balik semula ke permukaan Bumi. Hujan terjadi daripada air di laut, sungai dan tasik terjerat sebagai wap air yang kemudian naik ke udara. Selepas itu, wap air menjadi sejuk dan terkondensasi membentukkan awan. Seterusnya titisan air dalam awan bergabung sehingga menjadi terlalu berat. Apabila keadaan ini berlaku, maka terjadilah hujan. Kita hendaklah rajin mengkaji keadaan alam sekitar kita untuk memahami bagaimana hujan terjadi. Janganlah seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu untuk menambah ilmu pengetahuan. 

  Tajuk yang terakhir dariapada buku ini ialah "Sumber-Sumber Air". Air amatlah penting kepada kehidupan di alam sekitar. Antara kegunaan air ialah membasuh, minum, mandi dan sebagainya. Air juga digunakan sebagai bahan mentah dalam industri makanan dan minuman. Air merupakan tempat tinggal untuk sebahagian benda hidup. Air diperlukan untuk membolehkan proses hidup berlaku seperti mengangkut mineral pada tumbuhan. Oleh itu, sumber air mestilah dijaga kerana semua benda hidup bergantung padanya.

"Butang baju telah dikancing,
Air adalah sangat penting".


  Kesimpulannya ialah jirim boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Pepejal mempunyai jisim, isi padu dan bentuk yang tetap. Cecair mempunyai jisim dan isi padu yang tetap tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. Gas mempunyai jisim tetapi tidak mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap. Air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim. Air berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses peleburan, pembekuan, pendidihan, kondesasi dan penyejatan. Kitaran air ialah suatu pergerakan air yang berterusan dari permukaan Bumi ke udara dan balik semula ke permukaan Bumi. Kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sumber-sumber air kita. Akhir kata "Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas, untuk berjaya dan naik ke atas kita perlu melalui kesakitan kerana ia mengajar kita erti kehidupan dan menghargai alam sekitar"


Thursday, 20 March 2014

Pepatah Melayu

 1. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas

  Erti        :  Setiap perbuatan itu akan dibalas menurut ukurannya, yang baik dibalas baik, yang                          jahat dibalas jahat. 

  Contoh  :  Ahmad membiar sahaja Hazman mengejek padanya kerana dia percaya ada ubi ada                         batas, ada hari boleh balas.


  2. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung

  Erti        :  Orang yang hidup tidak mementingkan diri sendiri atau orang yang sanggup                                      mempertahankan kadaulatan, negara dan hak serta tidak mementing diri sendiri.

  Contoh  :  Negara Malaysia akan makmur jika mengamalkan adat bernegeri memagar negeri,                         adat berkampung memagar kampug supaya negara Malaysia ini tidak dicerobohi                             orang asing.


  3. Adat lama pusaka usang

  Erti        :  Adat yang masih kekal digunakan sejak dari dahulukala.

  Contoh  :  Keluarga Naim masih menggunakan adat lama pusaka usang.


  4. Agak lebih dari agih

  Erti        :  Banyak cakap, kerja sedikit.

  Contoh  :  Asyaf sering mengamalkan sikap agak lebih dari agih, sebab itulah dia tidak                                    menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.


  5. Agak-agak bertutur malam hari

  Erti        :  Apabila menyebut sesuatu perkara hendaklah selalu beringat-ingat.

  Contoh  :  Puan Nurin selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya agak-agak bertutur malam                      hari apabila bercakap dengan seseorang.


  6. Air beriak tanda tak dalam

  Erti        :  Orang yang banyak bercakap tandanya tidak berilmu.

  Contoh  :  Mereka yang bercakap kosong umpakan air beriak tak dalam.


  7. Air besar sampan tak hanyut

  Erti        :  Niat atau hajat yang tidak kesampain.

  Contoh  :  Hazim sedih kerana dia diibaratkan air besar sampan tak hanyut apabila dia tidak                            mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.


  8. Air dicincang tak akan putus

  Erti        :  Perselisihan faham antara saudara mara atau adik-beradiktidak akan berpanjangan,                        akhirnya akan berbaik semula.

  Contoh  :  Ali melupakan kejadian yang ditimpa daripada saudaranya kerana dia mengetahui air                      dicincang tak akan putus.


  9. Air mudik sungai, semua teluk diratai

  Erti        :  Membeli semua barang yang tidak penting atau boros.

  Contoh  :  Ibu menegur kakak supaya tidak bersikap air mudik sungai, semua teluk diratai                              kerana dia selalu membeli barang yang tidak diperlu.


  10. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga

  Erti        :  Jangan masuk campur dalam pertengkaran antara suami isteri atau saudara.

  Contoh  :  Pergaduhan antara Zaidi dan Zaudi janganlah kita masuk campur kerana air sama air                      bersatu, sampah ke tepi juga dan ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.


  11. Air setitik dilautkan, tanah sekepai digunungkan

  Erti        :  Perbuatan memperbesar-besarkan kesalahan yang kecil.

  Contoh  :  Syuhada marah kepada Aisyah yang bersikap air setitik dilautkan, tanah sekepai                            digunung kerana menyebarkan perangai buruknya kepada orang lain.


  12. Air susu dibalas dengan tuba

  Erti        :  Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan.

  Contoh  :  Walaupun Imran menolong abangnya jatuh basikal, tetapi Imran sedih kerana                                  abangnya masih bersikap air susu dibalas dengan tuba terhadap Imran.

  13. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

  Erti        :  Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut.

  Contoh  :  Ramai menyangkakan Danial seorang pendiam, tetapi air yang tenang jangan                                  disangka tiada buaya kerana dia pernah menjuarahi pertandingan silat peringkat                              daerah. 

      
  14. Alah sabung, menang sorak

  Erti       :  Walaupun kalah, tetapi masih mahu bercakap besar.

  Contoh  :  Alia masih angkuh kerana kalah dalam pertandingan melukis tetapi dia ibaratkan alah                    sabung, menang sorak.


  15. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

  Erti        :  Membuat sesuatu perkara sehingga membuat hasil.

  Contoh  :  Danish berharap jualannya diibaratkan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke                    pangkal lengan


  16. Anjing menyalak bukit takkan runtuh

  Erti        :  Perbuatan orang jahat mengata orang baik tidak akan meninggalkan kesan.

  Contoh  :  Cikgu Azlina menasihatkan kepada anak muridnya agar tidak mempedulikan                                    pengumpatan orang kerana anjing menyalak bukit takkan runtuh.

  17. Ayam tak patuk, itik tak sudu

  Erti        :  Keadaan sesuatu atau seseorang yang tidak dihargai malah dipandang hina.

  Contoh  :  Kehidupan lelaki itu seperti ayam tak patuk, itik tak sudu kerana semua kemudahan                      telah diberi ditolak daripadanya.


  18. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

  Erti        :  Anak akan mewarisi sikap ibu bapanya.

  Contoh  :  Sikap Fadhi sering menolong kawan-kawannya diwarisi daripada ibunya kerana                                bagaimana acuan begitulah kuihnya.


  19. Bapa borek anak rintik

  Erti        :  Seseorang yang sama sikap dengan bapanya kerana menurut baka bapanya.

  Contoh  :  Perangai Nureen yang baik hati sama seperti dengan ayahnya yang dulu suka                                  menolong orang ibaratkan bapa borek anak rintik.


  20. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

  Erti        :  Seseorang itu walaubagaimanapun bodoh sekalipun, jika dia diasuh dan rajin belajar                        pasti dia akan pandai juga.

  Contoh  :  Izzat bahawa dia yakin berjaya dalam pelajaran walaupun dia agak susah menerima                        ilmu dari cikgu tetapi dia percaya belakang parang kalau diasah lagikan tajam.


  21. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

  Erti        :  Hidup bantu-membantu antara satu sama lain.

  Contoh  :  Penduduk di Taman Mulia mempuyai penduduk yang sangat baik kerana mereka                            mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 
         

  





    
  

Banjir di Johor

 Selepas makan tengah hari kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar, aku melihat seorang lelaki memakai kot hitam. Aku terkejut. Rupa-rupanya lelaki  itu adalah bapa saudara aku. Aku hembus nafas dengan penuh kelegaan. Aku segera bersalam dengan bapa saudara aku. Keluargaku juga bersalaman dengan beliau.

  Hajat beliau hadir di sini kerana ada berita yang buruk di kampung halamannya di Bandar Tenggara, Johor Bahru  beberapa bulan yang lalu. Kampung beliau dilanda banjir yang begitu teruk. Ibuku segera membawa secawan air teh untuk bapa saudaraku. Beliau menceritakan keadaan di kampung beliau, di mana kebanyakan penduduk di situ terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu dewan serbaguna di atas bukit.


  Beratus buah rumah yang terdapat di situ habis dimasuki air. Banjir itu berlaku akibat hujan yang terlalu lebat dan penduduk di situ sering membuang sampah ke dalam longkang. Kehidupan mereka amat menyedihkan. Aku memasang telinga mendengar cerita yang disampaikan oleh bapa saudaraku. Menurut beliau lagi, mereka mendapat makanan yang begitu sedikit. Penempatan sementara mereka itu agak sempit kerana terlalu ramai orang lain yang tinggal di situ juga. Agensi kerajaan seperti Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor sering menyumbangkan makanan, pakaian dan juga alat keperluan sekeluarga, melalui Mufti Kerajaan Negeri Johor. Hidup mereka sering tolong-menolong dan bekerja sama antara satu sama lain. Kehidupan mereka di situ boleh diibaratkan seperti berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

(Gambar Contoh)
Mereka tinggal di situ untuk satu tempoh yang lama. Namun begitu mereka tetap bersabar dan bersyukur kerana mereka masih bernyawa. Pada minggu yang kedua selepas berlakunya banjir, mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu, mereka semua membersihkan rumah mereka. Mereka juga sedih kerana harta benda mereka habis musnah. Mereka hanya redha.


 Beberapa minit kemudian, bapa saudaraku menamatkan ceritanya. Aku menghayati cerita itu dengan rasa bersyukur kerana kami sekeluarga tidak perlu berpindah tempat seperti penduduk di kampung bapa saudaraku. Bak pantun bapa saudaraku :

     "Pak Jamil beli pengukur,
Kita hendaklah sentiasa bersyukur."


 Tiga jam kemudian, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Kelihatan seperti teksi yang ditempah oleh bapa saudaraku sudah tiba di halaman rumah. Aku dan keluargaku bersalaman dengan bapa saudaraku. Aku berharap akan bertemu dengan beliau lagi.




Friday, 14 March 2014

Kemarau dan Jerebu di Kota Warisan


Gambar contoh
           Pada 1 Mac 2014, penduduk di Kota Warisan telah mengalami kemarau yang  panjang. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di situ sudah hampir layu. Sudah berbulan hujan tidak membasahi bumi Kota Warisan yang indah ini. Mereka juga tidak mendapat air yang secukupnya.

  Kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila air sudah mula ada, mereka sering menyimpan air untuk keperluan mereka. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Malaysia telah mencadangkan untuk membuat catuan air kepada negeri-negeri di Malaysia yang lain.
 
  Di Kota Warisan tidak pernah mengalami kemarau panjang seperti sebelum ini. Penduduk di Kota Warisan dan negeri-negeri yang lain yang berumat Islam sering membuat solat hajat untuk hujan turun. Mereka berharap sangat hajat mereka terjadi. Makin memburukkan suasana di Kota Warisan apabila jerebu menyerang lagi.

  Pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan sering memakai topeng untuk menjaga kesihatan masing-masing. Jerebu di situ semakin teruk akibat daripada kegiatan penduduk yang membakar sampah dan hutan. Penduduk di Kota Warisan diminta untuk meminum air yang secukupnya dan kurangkan membuat aktiviti di luar rumah. Terutamanya mereka yang bekerja di  luar di kawasan yang tertutup. Seperti yang terungkap di dalam pantun saya :
"Pak Abu memanggil Nana,
 Memberi Nana sebiji mangga,
Pelajaran itu amat berguna ,
 Kesihatan juga perlulah terjaga"

  Kemarau yang berpanjangan dan jerebu berterbangan di udara amatlah menyusahkan mereka. Tetapi mereka tetap berusaha untuk bertahan dengan kejadian ini untuk tempoh masa yang lama. Mereka hanya mengharapkan sahaja kepada tuhan mereka.

  Saya juga berharap akan musibah ini akan pulih dengan secepatnya. Kemarau dan jerebu ini juga merupakan kebiasaan kepada negara jiran, tetapi mereka mampu bertahan apatah lagi kita di negara yang makmur ini?

Laporan disediakan oleh,                                                                               13 Mac 2014

(INDRASHAH IZZUDIN BIN ARMI YUSDY)
 AJK Pemberita,
Sidang Redaksi Umugaga Geng.


Tuesday, 11 March 2014

My Name is INDRASHAH


I ~ I am having a great time!
N ~ Never like to do bad things
D ~ Daydreaming is what I like most!
R ~ Rational boy I am
A ~ Arrange time wisely
S ~ Save my money for emergency
H ~ Have a great and beautiful happy family!
A ~ Awesome friends
H ~ Have a perfect and healthy body